Ole-Ole Abang Long
Dekorasi Hidup Abg Long ~ Jerit Yeay Kalau Suka ~ "Abg Long Kan Ada!"
Wednesday, 24 August 2011
Masa Lapang
Ha ni abg Long tlg budak2 nie buat belon! Teringat plak masa kecik2 dulu kan???
Ha ni plak masa tengah layan budak2 ni la main aci ligan! taw ke aci ligan tu apa? Tak taw cari la sendiri.. Hehe
Sibuk2 uplod gmbr tetiba teringat kengkawan masa MSSPs dulu.. Ha nilah muka2 diorang yg dah pun pergi meninggalkan alam persekolahan..
Best giler masa ni.. Abg Long yg over pose tu la…… hehe…
Copy Dari Blog Citra Zura - Credit!
Dia Kembali Kepada YME
17/08/2011 – Rabu , Jam 9.45 Malam
Encik Ahmad ( merupakan bekas bapa mertuaku, iaitu ayah Along) telah disahkan meninggal dunia pada waktu tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar , Kedah.
Beliau merupakan seorang bapa mertua yang baik dan tidak mungkin aku lupakan kenangan-kenangan sewaktu bergelar menantunya dulu. Layanan yang diberikan membuatkan aku rasa sudah tiba masanya aku menerima kasih sayang seorang ayah. Maklumlah, semenjak dari kecil lagi aku hanya merasai kasih sayang emak semata-mata. Walaupun ada ayah yang masih hidup (berpisah dengan emak ketika usiaku 6 tahun) tetapi jarang bersua.
Ayah Mat! Yes.. Itulah nama pengirim mesej setiap kali musim perayaan. Dia tidak pernah melupakan aku walaupun aku sudah berpisah dengan Along. Aku dan Along masih lagi berkawan. Maka, sudah pastinya aku ketahui cerita Ayah Mat yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Ayah Mat bersama Along ketika masih muda.
Along ada bersama dengan aku malam itu. Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada seorang teman, aku dan Along bergegas ke tempat kejadian iaitu simpang tiga menuju ke Stadium Utama, Kangar dan berdekatan dengan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Dari jauh kami lihat lampu biru berkelip-kelip, orang ramai mengerumuni kawasan kejadian. Kami berhenti di bahu jalan dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu. Dua buah motorsikal terbalik dan tiada sesiapa (mangsa) di tempat kejadian. Ayah Mat dibawa ke hospital dan katanya masih boleh berbual lagi. Walaupun agak terketar dengan keadaan tempat kejadian, kami gagahkan diri lagi menuju ke hospital dengan harapan Ayah Mat hanya luka ringan.
Dua buah motorsikal bertembung! Itulah yang tergambar oleh fikiranku. Moga-moga Ayah Mat selamat. Masuk sahaja ke hospital, Along sahaja dibenarkan masuk ke Wad Kecemasan. Aku memang takut darah. Tapi kalau dibenarkan masuk, memang aku nak masuk! Aku tunggu di luar.
Along masuk dan keluar dengan memberitahuku bahawa ayahnya mungkin patah kaki, luka sana sini dan aku anggap mungkin ayahnya tidak cedera parah. Aku pun mengharapkan begitu sebab aku tak mahu kehilangan Ayah Mat lagi.
Ketika menunggu di hadapan hospital bahagian Kecemasan, sebuah trak polis tiba dengan membawa jenazah yang dibungkus dengan plastik hitam.
Itulah seorang lagi mangsa kejadian yang telah pun meninggal dunia di tempat kejadian. Aku pelik, bagaimana dua motorsikal bertembung boleh mengakibatkan kematian? Ayah Mat tidak mungkin laju! Siasat punya siasat, rupa-rupanya sebuah kereta lain telah melanggar mangsa (yang telah meninggal dunia) ketika mangsa tergolek di atas jalan raya.
Dengar khabar, ada kesan tayar di dada (selain remuk tulang-temulang) dan juga di muka. Muda lagi, baru 33 tahun. Polis pun ramailah yang datang nak menyoal siasat Ayah Mat tapi Ayah Mat tak mampu memberi keterangan.
Esoknya, Ayah Mat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Di sanalah bermacam-macam pembedahan dilakukan termasuklah menebuk di bahagian tengkuk untuk tujuan memudahkan saluran pernafasan. Aku dah mula risau.
Along cakap, dia saja tak nak beritahu aku yang Ayah Mat dah teruk sebab dia tak nak aku risau. Kalau aku risau nanti dia lagi risau. Along.. Along..
Masa di Kangar lagi, air liur Ayah Mat bukan berwarna putih dah, masa tu memang darah! Malah kat telinga pun! Ayah Mat teruk masa tu…
Ayah Mat meracau, masuk ICU, sedar, meracau lagi, masuk ICU, periksa itu ini, tidak sedar, sedar dan disahkan kembali ke rahmatullah.
Pada hari-hari terakhir Ayah Mat tidak ada, Along selalu ada dengan dia. Along kata dia tak mahu kalau ayah dia buka mata dia tak ada di sisi ayahnya. Along mula nak ganti untuk jaga Ayah Mat dan malam ni aku pun bercadang nak pergi tengok Ayah Mat tapi tak sempat.
Aku tak tahu nak kata apa-apa dah. Aku hanya terbayangkan kebaikan Ayah Mat.
"Maafkan Zura tak dapat nak melawat ayah kerana beberapa sebab. Zura doakan roh ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ayah pernah wujud dalam hati Zura dan sampai bila-bila pun (walaupun Zura dan Along bukan sesiapa) ayah akan tetap ada dalam hati"
Al Fatihah~
Wang Kelian Dikenali Sebagai Tempat Pelancongan
Wang Kelian merupakan sebuah bandar di negeri Perlis dalam kawasan sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran dengan bandar Satun, Thailand.
Wang Kelian merupakan pintu keluar antara Malaysia dan Thailand. Sejak 1992, pintu masuk Wang Kelian ini bebas keluar masuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Timbalan Menteri, Datuk Mohd Johari Baharom mahu kebebasan keluar masuk ini ditarik balik demi keselamatan negara. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Wang Kelian dikendalikan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Senjata api, barangan dagangan, rokok, arak, dadah dan pendatang asing mudah bolos melalui pintu Wang Kelian.
Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara dibuat antara Indonesia, Malaysia, Thailand pada 1992 yang membenarkan rakyat dari negara-negara sempadan dibenarkan bebas keluar masuk kerana mereka mempunyai tali persaudaraan ketiga-tiga pihak.
Info di atas dipetik daripada Wikipedia :-)
Jemputlah melawati tempat-tempat menarik di Perlis..
Abg Long Kan Ada!!
Wang Kelian merupakan pintu keluar antara Malaysia dan Thailand. Sejak 1992, pintu masuk Wang Kelian ini bebas keluar masuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Timbalan Menteri, Datuk Mohd Johari Baharom mahu kebebasan keluar masuk ini ditarik balik demi keselamatan negara. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Wang Kelian dikendalikan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Senjata api, barangan dagangan, rokok, arak, dadah dan pendatang asing mudah bolos melalui pintu Wang Kelian.
Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara dibuat antara Indonesia, Malaysia, Thailand pada 1992 yang membenarkan rakyat dari negara-negara sempadan dibenarkan bebas keluar masuk kerana mereka mempunyai tali persaudaraan ketiga-tiga pihak.
Info di atas dipetik daripada Wikipedia :-)
Jemputlah melawati tempat-tempat menarik di Perlis..
Abg Long Kan Ada!!
Subscribe to:
Posts (Atom)